

Unit Penyayang Warga emas (UPWE) ini merupakan satu lagi perkhidmatan/kemudahan yang diberikan oleh MPKSM terhadap golongan sasaran warga emas yang layak. Warga emas akan menerima perkhidmatan pengangkutan percuma untuk mendapatkan pemeriksaan atau rawatan di hospital atau klinik samada milik Kerajaan atau swasta. Untuk lain-lain urusan sosial warga emas, perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah JKMM/Pengarah JKM Negeri/Pegawai JKM Daerah. Program UPWE dijalankan berpusat pada lingkungan sekitar PJHWE di mana kenderaan UPWE ditempatkan. Seorang pemandu kenderaan UPWE dilantik bagi memastikan program ini berjalan lancar, diselia oleh Pegawai Operasi (Penyelia PJHWE) dan ia dipantau oleh Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri.
​
​




