


TUJUAN:
Rancangan ini bertujuan untuk membantu orang -orang tua yang tinggal di Rumah/Pondok Sejahtera, Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia. Mereka yang tua, daif dan miskin khususnya yang tinggal sebatang kara. Bantuan ini diberikan untuk membolehkan mereka hidup dengan lebih sempurna di Rumah/ Pondok Sejahtera MPKSM.
KELAYAKAN:
Orang tua yang berumur 60 tahun ke atas yang tiada saudara-mara atau mempunyai saudara-mara yang tidak berkemampuan dan tiada mata pencarian tertentu untuk menyara kehidupannya.
KADAR:
Bantuan maksima dibawah sekim ini ialah sebanyak RM 100.00 sebulan bagi setiap penghuni Rumah/Pondok Sejahtera MPKSM.
PROSIDUR PELAKSANAAN:
i) Menerusi permohonan untuk kemasukan ke Rumah /Pondok Sejahtera MPKSM.
ii) Pemohon dikehendaki menandatangani boucher pembayaran Bantuan diatas.
iii) Seboleh-bolehnya pembayaran bantuan hendaklah diselesaikan dalam masa satu bulan sebelum pembayaran selanjutnya dibuat.
PENYIASATAN:
Laporan penyiasatan yang lengkap dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan diluluskan kemasukannya oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri sebagai dokumen sah mengenai pemohon.
KELULUSAN:
Kuasa meluluskan Bantuan Penyaraan Orang Tua di Rumah/Pondok Sejahtera MPKSM ialah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri semasa kemasukan penghuni berkenaan ke Rumah/Pondok Sejahtera.
PEMBAYARAN:
Pembayaran dibuat seberapa cepat pada setiap bulan.
KAJISEMULA:
Laporan penyiasatan dan rekod penghuni mestilah dikaji semula dalam tempoh setiap Suku Tahun (3) bulan sekali oleh Setiausaha Kehormat Cawangan Negeri berkenaan.
​




