top of page

Program Khidmat Jagaan Warga Emas

TUJUAN:

Program Khidmat Jagaan Warga Emas adalah satu-satunya program   yang dilaksanakan oleh MAJLIS ini untuk kumpulan sasar warga tua dan pesakit-pesakit melarat yang bercorak penyampaian perkhidmatan  jagaan kepada akar umbi masyarakat melalui Ahli-ahli MPKSM sebagai para sukarelawan. 

 

Program ini merupakan satu khidmat yang bercorak 'reaching out' yang mana kumpulan sasar adalah warga tua, pesakit-pesakit melarat yang terlantar di Rumah Sejahtera (Rumah/Pondok MPKSM) dan juga di rumah persendirian yang tidak dapat jagaan sempurna .

 

Program ini membolehkan Ahli-ahli MPKSM secara sukarela bertanggungjawab terhadap jagaan dan kesejahteraan kumpulan sasar tersebut dan menentukan mereka tidak terlantar, terabai dan terbiar begitu sahaja untuk menghadapi kehidupan seharian.Lawatan dari masa ke semasa dapat menentukan keperluan kumpulan sasar dipenuhi di samping membantu keluarga atau penjaga-penjaga dalam menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi.

 

Melalui program ini juga MPKSM memperkenalkan Perkhidmatan Bantuan di Rumah (Home help services) kepada warga tua yang daif dan tinggal berseorangan atau dengan keluarga tetapi memerlukan bantuan. Pekerja Sukarela yang dilatih akan membuat lawatan ke rumah warga tua untuk membantu menjalankan urusan harian seperti membersihkan tempat tinggal, pakaian, membeli belah, membayar  bil, menemani warga tua untuk seketika, memberikan latihan praktikal kepada ahli keluarga tentang teknik jagaan yang betul dan sebagainya.

 

​

KELAYAKAN:

Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang tiada saudara-mara  atau mempunyai saudara-mara yang tidak berkemampuan dan tiada mata pencarian tertentu untuk menyara kehidupannya.
 

​

PROSIDUR PERLAKSANAAN:

Menerusi permohonan kepada MPKSM Cawangan Negeri/Daerah 

​

bottom of page