top of page

TUJUAN:

MPKSM Negeri diarah memulakan perkhidmatan Pusat Jagaan Harian Warga Emas dibawah Projek Khas JKMM (dahulunya Pembiayaan Bank Dunia) bagi menampung keperluan warga tua di kawasan sekitar Rumah Sejahtera atau tapak yang dikenal pasti oleh MPKSM Negeri.  

 

Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangan.Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin.Pusat Aktiviti disediakan bagi warga tua ketika penjaga bekerja. Perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi. Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua.

 

Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua ini akan di tadbir oleh MPKSM Negeri/Daerah. MPKSM Negeri/Daerah akan mengaturkan persiapan dan kelengkapan yang bersesuaian. 

 

​

KATEGORI WARGA EMAS: 

Kategori warga tua yang hendak dipertimbangkan untuk menyertai Pusat Aktiviti Warga Tua adalah seperti berikut:-

​

i) Berumur 60 tahun ke atas 

ii) Tidak menghidapi penyakit yang berjangkit 

iii) Berupaya menjaga diri sendiri (berdikari) 

iii) Mempunyai sanak saudara yang boleh menguruskan pengangkutan berulang alik ke Pusat Aktiviti setiap hari dan 

iv) Minat menghadiri Pusat  Aktiviti secara sukarela. 

​

​

PROSES KEMASUKAN: 

Proses kemasukan seseorang warga tua ke Pusat Aktiviti hendaklah mengikut peraturan seperti berikut: - 

 

  1. Pemohon mengembalikan borang permohonan dan Laporan perubatan yang telah dipenuhi kepada Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri yang berkenaan untuk pertimbangannya; 
     

  2. Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri mendaftarkan permohonan yang diterima dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Negeri semasa Mesyuarat bulanan untuk ulasan dan kelulusan. Sekiranya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri tidak dapat diaturkan mengikut jadual, maka kelulusan masuk sementara akan diberikan oleh Setiausaha Kehormat.; 
     

  3. Setiausaha Kehormat mendaftarkan nama pemohon yang berjaya dalam buku daftar Pusat Aktiviti dan membuka fail kes. 

Pusat Aktiviti Warga Emas

bottom of page